Thursday, April 18, 2013

- Rehat kita bukan di sini -
Definisi Anekdot :

1. Cerita singkat yang menarik atau mengesankan, biasanya mengenai orang penting atau terkenal dan berdasarkan kejadian yang sebenarnya.
sumber : http://www.artikata.com/arti-318964-anekdot.html

2. Kisah yang ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian (peristiwa) ;
sumber : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anekdot

Definisi Headshot :

1. Terjemah sendiri : http://translate.google.com/
sumber : Fadhilatu as-Syeikh al-Google Translate

----------------------------------------------------------------------------------------
Petang hari itu sama macam petang semalam. Petang soifi [summer] yang langit atasnya kaler kuning.

Walaupun sudah asar, cuaca di luar masih luar biasa panas. Syukurlah pihak masjid pasang penghawa dingin buat keselesaan jemaah. Keluar daripada saff, saya terus ke bahagian belakang sayap kiri masjid, mencari teman – dan penghawa dingin.
Panas + Air-cond dingin = Penuh malizi semua pakat lepak situ.
Rata-rata berwajah letih. Ada yang berbaring, ada yang tersandar di dinding.

Dan saat saya leka memerhati orang, ketika itulah dia datang, menyapa dengan senyum putih, terukir di wajahnya yang bersih.


Assalamualaikum Haikal. Enta sihat?

Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat. Enta sihat ke Ikhwan? Muka nampak letih sangat. Baru balik dari JUST eh?

Ha’ah baru balik. Hari ini kelas ana straight. Pagi sampai petang. Dekat JUST sana bangunan kelas ana jauh-jauh. Banyak kali jugalah kena ulang-alik. Letihnya tak tahulah nak cakap.

Mesti tension kan?

Eh takdelah tension. Biasalah tu, menuntut ilmu kan. Kita datang jauh-jauh ke Jordan ni pun, memang itulah tujuannya.“

Err ..

Nama kawan saya dalam cerita ini Muhammad Ikhwanuddin bin Ridzowan. Asal Terengganu, bekas pelajar Kolej Islam Klang. Sekarang dia berada di tahun 2 Perubatan, Jordan University of Science and Technology (JUST).

Ini cerita kami musim panas tahun lepas. Hari itu dia mengajar saya, sesuatu yang tidak harus saya lupa selamanya : 

- Terima Kasih Ikhwan -
 
“Berletih-letihlah mengejar ilmu, kerana memang itu tujuan kita datang sejauh ini“

4.42 a.m.
19 April 2013
Irbid, Jordan.

 

- Radar Hati -

- Radar Hati -

- Labels -

- Followers -

Dengan Nama Allah Aku Menulis. Powered by Blogger.

© Haikal Fansuri Customized by Dr. Haikal Fansuri -

tag.