Wednesday, July 20, 2016

Cold Hearted Bitch, Masako 
Aku baru habis baca buku ni, Out tulisan Natsuo Kirino. Buku ni cerita pasal relasi 4 watak perempuan pekerja kilang yang terlibat dalam kancah jenayah dan konflik moral apabila salah seorang daripada mereka; Yayoi, telah membunuh/terbunuh suaminya, yang merupakan seorang kaki perempuan, kaki hutang, kaki botol dan kaki dera.

Akibat panik, Yayoi meminta bantuan Masako untuk menyembunyikan mayat suaminya. Buntu tanpa penyelesaian, akhirnya mereka mengambil tindakan drastik dengan mengerat mayat suami Yayoi kepada puluhan bahagian sebelum dibuang ke pelbagai lokasi di tengah-tengah bandar Tokyo. 


Jalan cerita novel ini bertambah menarik setelah seorang bekas banduan yang psiko berjaya menghidu rahsia mereka berempat dan mula merencana untuk berhadapan dengan setiap dari mereka satu demi satu.


Buku ni bagi aku simple dan sangat menarik dari permulaan hingga ke suku akhir plotnya. Setiap watak dikembangkan dengan baik. Naratifnya banyak unsur kejutan dan suspens diselang-seli dengan elemen penyiasatan dan misteri. Walaupun reviu buku ini di Goodreads agak bercampur baur, tapi kalau google, ramai ahli akademik dalam kalangan feminis mengangkat karya ni dalam kajian mereka. Dan penting juga untuk disebut, Out secara halus dan sinis mencabar norma masyarakat Jepun yang melihat wanita sebagai semata-mata objek dan bukannya subjek. No wonder di Jepun, Natsuo Kirino diberi julukan 'The Queen of Japanese Crime.'


Rating : 7/10
Hilang tiga poin sebab tak suka ending dia.


Totally recommended!


Baca online/download pdf :

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Radar Hati -

- Radar Hati -

- Labels -

- Followers -

Dengan Nama Allah Aku Menulis. Powered by Blogger.

© Haikal Fansuri Customized by Dr. Haikal Fansuri -

tag.