Arkib | Karya Tersiar Julai, Ogos, September

Kiya Karoo

10 Julai

Cerpen “Siapa Bilang Gigi Kamu Tak Menawan” tersiar di Cukaria.

Terima kasih Dr. Faris sudi semakkan info tentang gigi dalam cerpen ini. Tak dilupakan kepada beberapa orang teman Facebook yang berikan respon dan kritikan. Terima kasih diucapkan.

Akhir sekali Ustaz Abu Bakr, kerana sudi berkongsi kisah turun naik hubungan beliau dengan seorang makwe dentist; daripada Single kepada It’s Complicated, dan sekarang katanya dah kembali Single. Lantak kaulah Abu.


15 Julai

Cerpen “Penceroboh” tersiar di Fiksyen Shasha.

Cerpen thriller ni sebenarnya lebih awal tersiar di FB Pembangunan Minda dan Kendiri (PMK) Permai menerusi ruangan Karya Siswa bulan April. Berbulan-bulan kemudian barulah aku teringat nak sunting semula dan hantar ke FS.

Terima kasih editor FS. Juga kepada AJK PMK saudari Anis, kerana menjadi perantara yang sabar sejak awal proses penghantaran sehingga akhirnya cerpen ini disiarkan. Terima kasih.


18 Julai

Artikel pertama di The Patriots. “Samwise Gamgee : Bang Muluk Versi Tolkien”.

Aku siapkan artikel ini di makmal komputer di tingkat 3 kuliah Syariah sementara menanti kelas seterusnya. Hingga ke hari ini (31 Oktober 2017), gambar Sam sedang dukung Frodo di pinggir Mount Doom masih ada di desktop salah satu komputer yang aku guna di situ.

Terima kasih Tuan Helmi Effendy dan komuniti TP!


20 Julai

Cerita “Penceroboh Bahagian 1” tersiar di Fiksyen Shasha.

Sebenarnya ini cerita yang sama aku tulis di Facebook berbulan-bulan sebelum tu. Kalau tak silap lewat petang 14 Februari.

Ustaz Zainy pada 17 Februari menulis di FB beliau, “Bila timbul cerita-cerita hantu yang tersebar sehari dua ini di Irbid, hikmahnya ramai call minta murokib. Rupanya akhawat lebih takut hantu daripada diganggu Arab.”

GG Ustaz Zainy, GG.

Terima kasih admin FS.


26 Julai

Hadiah 6 novel percuma daripada FIXI sempena cerpen Cukaria tempoh hari selamat tiba di rumah melalui khidmat pos.

Terima kasih Tuan Amir Muhammad (FIXI) dan Cukaria!

Hari yang sama, sambungan cerita Penceroboh Bahagian 2 tersiar di Fiksyen Shasha.

Kalau di FB, sambungan ini aku tulis pada 22 Februari. Dan sejak itu entah saka apa merasuk sampai sekarang aku belum dapat siapkan Bahagian 3.

Mohon doa kawan-kawan. Insya-Allah cepat atau lambat, suatu hari nanti aku akan sambung juga cerita ni.

Terima kasih admin dan semua pembaca setia FS!


3 Ogos

Aku masuk peraduan tulis cerita seram anjuran Puaka Bersekutu. Tajuk ceritanya “Ayumi dan Haibara”.

Dipendekkan cerita karya tu tidak dipilih sebagai pemenang. Antara syarat yang diletakkan penganjur ialah cerita yang dikarang mestilah tidak melebihi 400 patah perkataan. Rasanya aku kalah sebab syarat nilah haha.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang. Dan terima kasih Puaka Bersekutu kerana memeriahkan dunia penulisan kreatif di media sosial melalui penganjuran peraduan ini. Kalau ada lagi insya-Allah aku akan sertai.


9 September

Artikel pertama aku di laman iLuvIslam bertajuk “Mutiara Hadis : Pulanglah Pada Tuhan”
Terima kasih Tuan Imran Koyube, Kak Nuna Amal Amin dan angkatan penulis serta komuniti pembaca iLuvIslam.


16 September

Sajak bertajuk “Rumah Alif Ba Ta” disiarkan oleh JK Sukan Kebudayaan Kebajikan Permai sempena sambutan Hari Malaysia.

Terima kasih pengerusi JK SKK, saudara Megat Nafis. Semoga berjaya untuk JOGA!


27 September

Artikel bertajuk “Kepada-Mu Kekasih : Sajak Tentang Penerimaan” tersiar di The Patriots.

Terima kasih TP!    


Tarikh yang sama, satu lagi artikel aku bertajuk “Dabus Rohani : Nyanyian Pengubat Jiwa” tersiar di iLuvIslam.

Terima kasih iLuvIslam!


Oktober?

Tiada karya tersiar sepanjang Oktober. Sibuk tolong kawan berniaga dan kebetulan masuk minggu exam.

Moga bulan November dapat buat comeback dan tambah giat menulis, insya-Allah.

Doakan!

Haikal Fansuri
Rumah Bawah Puskom
31/10/2017






Comments